Pages

Friday, May 6, 2016

BIOINFORMATIK (UNIVERSITI MALAYA)


Dari kiri- pidot & miss.
Dari belakang- ili & humaira
my super duper crazy coursemate. sorry muka penat sangat ni muka tak cukup tido siapkan presentation hahaha


Assalamualaikum,
hye to all readers.

As usual sorry for not writing much after my last post. During that time I'm having my final exam for second semester. Like I promise to all of you I will write  a post about Bioinformatic.
(amboiihh , kalut cakap oghang puteh)

Ok untuk pengetahuan semua, miss Soraya sekarang are in 2nd year (4th semester) so next  year, miss akan jadi student 3rd year lah ( which is my final year) . huhu dah tua dah aku. OK sebab dah tua tu miss nak kongsi kan pada semua orang yang tertanya-tanya apa tu course bioinformatik? Dan sampai sekarang pun kalau miss balik kampung, kalau orang tanya amik apa kat UM? bila kita jawab BIOINFORMATIK. Diorang akan cakap oooooooo, apa tu? URGHHHH! (mmg annoyed kot )

HUM, tapi tak boleh nak salahkan diorang jugak, sebab apa, bioinformatik ni merupakan antara kos yang baru sangat diperkenalkan di Malaysia. Tak adil lah kalau nak banding dengan kos yang memang dah popular macam biotech or kos science yang lain. So APA DIA BIOINFORMATIK NI?

Bioinformatik ini sebenarnya adalah kos yang membuat analisa untuk gene, genome, dna sequence dan protein. Analisis macam mana? analisis guna software database systems. YEZZA untuk memudahkan anda untuk faham, maknanya kalau kamu ambil kos ini, kamu perlu belajar Computer Science (including programming, database, algorithm) dan subject biology ( such as bio cell, molecular biology, biology process, recombinant DNA).

Dalam erti kata lain, kalau macam biotech, diorang akan process sesuatu sample atau specimen dalam
lab dan akan dapat result, Dan raw sample result ( contoh macam DNA sequence) yang mereka dapat tu akan di proses oleh kita melalui database. Sebab itulah kamu perlu belajar computer science dan juga biology. Kalau kamu hanya belajar biology dan tak pandai computer Science  nanti, macam mana kamu nak analyse data. Dan kalau kamu belajar biology sahaja macam mana kamu nak interpret data dalam  database system.So kedua-duanya kena mahir. EMMM MACAM SUSAH JE? haha tak ada apa yang senang kat dunia ni sayang.. kalau kamu ambil biotech atau sebagainya pun sama susah sebab kita dah kat level universiti dah bukan nya sekolah rendah.

Bagi skop pekerjaan pula, miss ada tanya lecturer sebab risau lah.. ni kos baru di Malaysia jadi peluang pekerjaan mesti sikit. Bila miss tanya macam tu kat Dr. A (which my first year lecturer) dia bangkang sama sekali. Sebab dia kata yupp memang untuk bidang ni baru diperkenalkan di Malaysia tapi di luar negara sangat meluas. Malaysia sangat ketinggalan sebenarnya. Jadi belajar rajin-rajin boleh minta sambung master di luar negara nanti. Untuk pekerjaan di Malaysia jangan risau kamu boleh bekerja di mana-mana syarikat, kerana bidang Bioinformatik ini merangkumi komputer sains (IT) dan Biology. Kamu boleh kerja di syarikat minyak kelapa sawit, sebab di sana diorang perlu pemprosesan protein dan sebagainya. Di syarikat pembuatan dadah ( ubatan yang digunakan di hospital tu ya bukan dadah yang kasi stone tu) pun boleh. Jangan risau sebab kalau kamu ambil kos bioinformatik ini di UM, Semasa latihan industri (LI) Course Coordinator akan berikan kamu senarai syarikat yang kamu boleh buat LI disana.

So masa LI tu buat lah elok-elok biasanya kalau bagus diorang boleh terus serap kerja. Kalau kamu rasa malas nak kerja dalam bidang biology, kita juga boleh kerja dalam bidang IT, seperti database designer, programmer. Sebab apa boleh? kita dah belajar untuk buat semua tu dalam kos bioinformatik ni.

Jadi rasanya dah berceloteh panjang pasal bioinformatik ni.. kalau ada sebarang pertanyaan untuk program ini boleh terus comment di bawah ini <3 p="">
p/s kalau saya tak balas-balas komen anda, anda boleh contact me through my other social media account. I will definely reply because i get direct notification.

FB: https://www.facebook.com/RatU.nOveLLa   OR search Ainna Soraya
Instagram : ainna.soraya
twitter : @AinnaSoraya

Lastly , for those that apply for bioinformatic course in University Malaya . Good Luck :) I'll be your 3rd year senior for  year 16/17 session.

THANK YOU FOR READING,
X0X0

Ainna Soraya.

 
Images by Freepik