Pages

Wednesday, March 25, 2015

Ex- Kolej Matrikulasi Johor (KMJ)

Gambar kat atas ni Miss dengan 2 orang bestfriend miss masa kat KMJ. Ni depan masjid KMJ.
(dari kiri  - yang; Miss Soraya; Ainur-  )

Assalamualaikum.
Hye,
Its feel great for writing back to this blog. New layout. New Blog tittle. More mature I think.

alright,
back to the topic. Today Miss Soraya nak ceghita lah sikit. My experience being a Matriculation student. Sebab miss tahu tak lama lagi ramai budak-budak lepasan SPM dapat result untuk sambung ke Matrikulasi. And for sure, ada jugak yang akan search kat google pasal matrik yang uolss dapat tu kann.. Sebab that wht I do too.. hahahha

Ok cuma kali ni miss fokus untuk budak yang nak masuk KMJ je lah ye. Masa hari pendaftaran tu kalau boleh suruh keluarga datang awal. Sebab KMJ tempat dia kecil, jadi bila semua keluarga datang bawa kereta,traffik masa tu akan sesak sangat.

And for students, pastikan semua borang lengkap sebab nanti waktu daftar takde lah kelam-kabut. Kalau boleh, pastikan borang yang untuk pendaftaran tu ada dalam satu envelop. Masa pendaftaran tu pakai baju kurung je boleh.

Lepas daftar, uolss semua akan lalui minggu orentasi. Which that's week will be a tired week for you. Masa tu biasalah tak cukup tidur, tak sempat mandi, pergi aktiviti tak sempat mandi, pakai baju tak basuh. Sebab uolss semua akan dibekalkan 2 helai baju untuk seminggu je. So, pesanan miss pasti kan korang bawa FEBREEZ!!! senang tak sempat mandi pun. Still bau fresh. Jangan spray perfume nnt bau dia jadi bau hampeh! dah mana tak nya PELUH+PERFUME= !%#%$!

Masa minggu orentasi ni lah korang nak cari kawan kelas yang sama kepala dengan korang sebab untuk 3 minggu pertama korang biasanya akan stress gila tenuk  tahu, nak lagi kalau korang ni belajar di sekolah harian biasa dimana tak biasa dengan situasi asrama. (tu lah yang I rasa tau :(  huhu)

Masa orentasi, uolss semua akan ikut kelas dalam modul yang diberikan masing2 dan masa tu juga akan ada buka permohonan untuk pertukaran modul.In case korang tak suka modul yang diberikan.

alright, sekarang kita cerita barang-barang yang perlu dibawa pulak.
Antara barang-barangnya ialah:
Perempuan:
-Baju Kurung ( banyak okeh sebab pergi kelas wajib berbaju kurung)
-T-shirt lengan panjang/ pendek (untuk riadah)
-seluar track ( kalau boleh stanby 3 helai paling kurang)
-Telekung ( bagi muslim)
-Sejadah
-Peralatan mandi ( baldi, cebok, bekas isi barang mandian etc.)
-kain batik
-cadar
-bantal ( in case korang tak suka bantal kolej yang keras---macam aku :D )
-selipar mandi
-kasut bertutup (untuk pergi kelas)
-penyangkuk baju dan juga hanger

lelaki
- sama seperti perempuan kecuali kain batik, telekung dan baju kurung

haha lelaki senang je barang dia.

Ok, in case lah macam still jugak terlupa barang-barang, dont worry kelebihan KMJ mmg dekat dengan pekan Tangkak, Johor. As you read pekan means the real PEKAN. So jangan berangan la ada mall ke apa yaa.. haha tapi untung nya, bila KMJ buat dinner yang ade restriction for dress code senang je nak cari sebab pekan Tangkak memang terkenal dengan kain dan pakaian yang SANGAT MURAH!!! I LIKE, SERIOUS! Miss dulu biasa nya DIY je dengan roommate.
1 bilik 4 orang untuk perempuan. Lelaki pulak maybe sampai 6 orang sebilik. Kalau for GIRLS dont worry lah, sebab memang selesa. Almari pun besar.
Dan yang terakhir, kat KMJ memang provide wifi free tapi SLOW sangat. Jadi better buat mobile data sebab memang konfem laju disebabkan pencawang dia semua letak kat Gunung Ledang.

Ohh lupa pulak nak bagitahu yang KMJ ni dekat teramat sangat dengan Gunung Ledang. So, view dia pagi-pagi, teramat lah cantik. And kalau korang duduk kat sana tu dah gian sangat nak tgk mall dan bosan asyik outing kat pekan Tangkak je.. Korang pergi lah Melaka sebab TERLAMPAU DEKAT dengan KMJ.

Ok pasal outing pulak. humm Tak berani nak komen  panjang sebab peraturan outing dan balik hujung minggu selalu berubah-ubah ikut HEP. So buat lah baik dengan HEP. Macam miss dulu memang kamcing gila dengan HEP senang jee nak balik dan minta tanda tangan untuk surat kalau tak hadir kelas. Macam zaman miss waktu 2013/2014 boleh je balik tiap-tiap minggu.

Yupp, Kalau korang tak datang kelas korang kene tunjuk surat MC atau buat surat sendiri (surat rasmi) then dapatkan tanda tangan dari HEP. Ikutlah kalau lecturer korang tu strict tak terima surat buat sendiri,dia nak surat doktor. Tapi dah pandai-pandai ponteng. Pandai-pandai lah cover ok. Lastly, KMJ ni tiap-tiap hari Isnin akan ada perhimpunan. Ni special sikit sebab KMJ je ada perhimpunan hari Isnin. hahahahha

Ok. Selepas panjang lebar membebel. Miss rasa ni je kot. Dah banyak dah cerita pasal KMJ ni. Kalau ada apa-apa. Uolss semua boleh comment and tanya je I okeh.

Thank you for  reading.
If you want to ask anything, feel free to comment ok.

XOXO ,
Miss Soraya.

Thursday, March 12, 2015

NOW I AM UNIVERSITY OF MALAYA STUDENT (BIOINFORMATIK)

Assalamualaikum.

Dah lama sangat dah Miss Soraya tak update apa-apa dekat blog ni, Almaklumlah buat blog ni masa zaman sekolah. Masa tu zaman budak-budak boleh lah mengarut. Rasanya waktu mula-mula create blog ni waktu tu umur  14 tahun (tingkatan 3) and now I'm 20 years old.

Ok for those yang tak follow up pasal miss, biar miss cerita sikit nak buat macam mana yang post entry pun jarang kan.. hihi

Ok lepas SPM miss sambung belajar ke Kolej Matrikulasi Johor (KMJ). Ok for ex-SPM's yang nak tanya pasal KMJ boleh je post kat comment tu k. Actually I think I know everything laa about KMJ, so feel free to ask me okay.

After one year at KMJ yang tersangat stress, ye lah pelajar satu tahun Matrikulasi (PST) memang tersangat mencabar. You have to score and struggle all the time. If you just like me, do not know how to balance Co-curicular activities and studies, I'll just said just study hard lah. tak payah active sangat sbb Matriculation tak ambil hal sangat pasal merit aktif okay. Tapi kalau you kat sekolah tak aktif better aktif kat matrik sbb apa-apa pun masa interview nak masuk uni, you have to bring all your certificates in studies also co-curricular activities.

Back to my stories, lepas setahun di KMJ tu survive with 3 and above pointer score. Alhamdulillah, miss diberi peluang untuk masuk ke universiti no 1 dalam Malaysia. UNIVERSITI MALAYA.

Allahu rabbi,
masa check UPU tu Allah je yang tahu berdebar macam mana. Miss sememangnya tak target langsung untuk masuk UM. Miss hanya berharap dapat sambung belajar kat mana-mana IPTA kat Malaysia ni. Tapi yang paling berharap nak masuk sebenarnya UPSI. Mungkin bukan rezeki miss untuk menjadi guru walaupun tu memang cita-cita miss masa sekolah.

Ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di UNIVERSITI MALAYA dengan bidang pengajian IJAZAH SARJANA MUDA SAINS BIOLOGI BIOINFORMATIK. (ok for those yang baru nak isi UPU tu nak tahu pasal BIOINFORMATIK , you are also welcome to comment to ask me anything about that course. because I know there are not much bloggers tell about bio info course)

Menjejakkan kaki ke UNIVERSITI MALAYA pada umur 19 tahun untuk melanjutkan ijazah sarjana muda adalah seperti mimpi okay. Who knows budak degil dan selalu buat masalah kat sekolah ni dapat masuk universiti gah di Malaysia.

Sekarang miss dah pun berada di semester ke-2 pelajar tahun pertama UM. Sepanjang perjalanan hidup selepas SPM banyak mematangkan miss. Dari segi pemikiran mahupun penulisan serta percakapan. Nak pula bila belajar di UM yang penuh dengan kontroversi juga isu.
Tak mengapa. sebab itu semua akan menjadi pengajaran dalam kehidupan. =)

Okay sebab tahun 2015 budak-budak SPM  dan STPM baru je dapat result. So, next post miss akan bukak cerita pasal Matrikulasi (especially Kolej Matrikulasi Johor) dan UM(especially FOR BIOINFORMATIK COURSE)

 thank you for reading. love you guys.
free to comment ok?
=)

MISS_SORAYA

 
Images by Freepik