Pages

Wednesday, December 7, 2011

dunia yg penuh cabaran

hyep! anyonghaseyo~
uwkeyh...post ary ini menceritekan ttg isu "dunia yang penuh cabaran".. post kali ini Miss Soraya akn berfalsafah sikit yer~ CHECK IT OUT!!

Hidup di era globalisasi ini pasti mempunyai banyak cabaran. Pernahkah kita berfikir sejenak apa yang akan terjadi sekiranya kita hidup di dalam dunia tanpa cabaran? Cabaran sebenarnya menjadikan hidup kita menjadi lebih matang. Sekiranya kita hidup tanpa cabaran sudah pasti kita akan hidup di dalam kehidupan yang terumbang-ambing. Hal ini kerana kita tidak akan menghargai kehidupan seharian kita kerana setiap hari kita akan berada di dalam keadaan yang senang-lenang.

Kesilapan dan kesalahan juga akan mejadikan kita seorang yang lebih berhati-hati ketika membuat keputusan. Kita juga dinasihat untuk belajar dari kesalahan diri kita sndiri. Mengikut kata ahli falsafah "pengajar yang terbaik adalah kesilapan diri sendiri". Jadi, janganlah kita merungut sekiranya kita diuji dengan sedikit cabaran di dalam kehidupan seharian kita. Dunia kita merupakan dunia yang penuh dengan misteri. Jadi, sebagai penghuninya kita perlulah meneroka setiap pelusuk dunia itu dan menggunakan sebaik mungkin kelebihan yang ada..
jadilah manusia yang berani menempuh segala cabaran kerana manusia yang berikut mampu membawa dunia kita kepada satu dunia yang lebih baik..

hehehe~ khas buat manusia-manusia yang suka merungut bila diuji sedikt dengan masalah! hehehe~( especially org2 cam Miss Soraya) sekurang-kurang nya kita boleh mengubah diri dengan penulisan ini untuk menjadi org yang berfikiran yang lebih positif!!

uwkeyh^^ anyong~ (renung2 kan dan selamat beramal)

love by: Miss Soraya~muach!

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik