Pages

Friday, May 6, 2016

BIOINFORMATIK (UNIVERSITI MALAYA)


Dari kiri- pidot & miss.
Dari belakang- ili & humaira
my super duper crazy coursemate. sorry muka penat sangat ni muka tak cukup tido siapkan presentation hahaha


Assalamualaikum,
hye to all readers.

As usual sorry for not writing much after my last post. During that time I'm having my final exam for second semester. Like I promise to all of you I will write  a post about Bioinformatic.
(amboiihh , kalut cakap oghang puteh)

Ok untuk pengetahuan semua, miss Soraya sekarang are in 2nd year (4th semester) so next  year, miss akan jadi student 3rd year lah ( which is my final year) . huhu dah tua dah aku. OK sebab dah tua tu miss nak kongsi kan pada semua orang yang tertanya-tanya apa tu course bioinformatik? Dan sampai sekarang pun kalau miss balik kampung, kalau orang tanya amik apa kat UM? bila kita jawab BIOINFORMATIK. Diorang akan cakap oooooooo, apa tu? URGHHHH! (mmg annoyed kot )

HUM, tapi tak boleh nak salahkan diorang jugak, sebab apa, bioinformatik ni merupakan antara kos yang baru sangat diperkenalkan di Malaysia. Tak adil lah kalau nak banding dengan kos yang memang dah popular macam biotech or kos science yang lain. So APA DIA BIOINFORMATIK NI?

Bioinformatik ini sebenarnya adalah kos yang membuat analisa untuk gene, genome, dna sequence dan protein. Analisis macam mana? analisis guna software database systems. YEZZA untuk memudahkan anda untuk faham, maknanya kalau kamu ambil kos ini, kamu perlu belajar Computer Science (including programming, database, algorithm) dan subject biology ( such as bio cell, molecular biology, biology process, recombinant DNA).

Dalam erti kata lain, kalau macam biotech, diorang akan process sesuatu sample atau specimen dalam
lab dan akan dapat result, Dan raw sample result ( contoh macam DNA sequence) yang mereka dapat tu akan di proses oleh kita melalui database. Sebab itulah kamu perlu belajar computer science dan juga biology. Kalau kamu hanya belajar biology dan tak pandai computer Science  nanti, macam mana kamu nak analyse data. Dan kalau kamu belajar biology sahaja macam mana kamu nak interpret data dalam  database system.So kedua-duanya kena mahir. EMMM MACAM SUSAH JE? haha tak ada apa yang senang kat dunia ni sayang.. kalau kamu ambil biotech atau sebagainya pun sama susah sebab kita dah kat level universiti dah bukan nya sekolah rendah.

Bagi skop pekerjaan pula, miss ada tanya lecturer sebab risau lah.. ni kos baru di Malaysia jadi peluang pekerjaan mesti sikit. Bila miss tanya macam tu kat Dr. A (which my first year lecturer) dia bangkang sama sekali. Sebab dia kata yupp memang untuk bidang ni baru diperkenalkan di Malaysia tapi di luar negara sangat meluas. Malaysia sangat ketinggalan sebenarnya. Jadi belajar rajin-rajin boleh minta sambung master di luar negara nanti. Untuk pekerjaan di Malaysia jangan risau kamu boleh bekerja di mana-mana syarikat, kerana bidang Bioinformatik ini merangkumi komputer sains (IT) dan Biology. Kamu boleh kerja di syarikat minyak kelapa sawit, sebab di sana diorang perlu pemprosesan protein dan sebagainya. Di syarikat pembuatan dadah ( ubatan yang digunakan di hospital tu ya bukan dadah yang kasi stone tu) pun boleh. Jangan risau sebab kalau kamu ambil kos bioinformatik ini di UM, Semasa latihan industri (LI) Course Coordinator akan berikan kamu senarai syarikat yang kamu boleh buat LI disana.

So masa LI tu buat lah elok-elok biasanya kalau bagus diorang boleh terus serap kerja. Kalau kamu rasa malas nak kerja dalam bidang biology, kita juga boleh kerja dalam bidang IT, seperti database designer, programmer. Sebab apa boleh? kita dah belajar untuk buat semua tu dalam kos bioinformatik ni.

Jadi rasanya dah berceloteh panjang pasal bioinformatik ni.. kalau ada sebarang pertanyaan untuk program ini boleh terus comment di bawah ini <3 p="">
p/s kalau saya tak balas-balas komen anda, anda boleh contact me through my other social media account. I will definely reply because i get direct notification.

FB: https://www.facebook.com/RatU.nOveLLa   OR search Ainna Soraya
Instagram : ainna.soraya
twitter : @AinnaSoraya

Lastly , for those that apply for bioinformatic course in University Malaya . Good Luck :) I'll be your 3rd year senior for  year 16/17 session.

THANK YOU FOR READING,
X0X0

Ainna Soraya.

Wednesday, March 25, 2015

Ex- Kolej Matrikulasi Johor (KMJ)

Gambar kat atas ni Miss dengan 2 orang bestfriend miss masa kat KMJ. Ni depan masjid KMJ.
(dari kiri  - yang; Miss Soraya; Ainur-  )

Assalamualaikum.
Hye,
Its feel great for writing back to this blog. New layout. New Blog tittle. More mature I think.

alright,
back to the topic. Today Miss Soraya nak ceghita lah sikit. My experience being a Matriculation student. Sebab miss tahu tak lama lagi ramai budak-budak lepasan SPM dapat result untuk sambung ke Matrikulasi. And for sure, ada jugak yang akan search kat google pasal matrik yang uolss dapat tu kann.. Sebab that wht I do too.. hahahha

Ok cuma kali ni miss fokus untuk budak yang nak masuk KMJ je lah ye. Masa hari pendaftaran tu kalau boleh suruh keluarga datang awal. Sebab KMJ tempat dia kecil, jadi bila semua keluarga datang bawa kereta,traffik masa tu akan sesak sangat.

And for students, pastikan semua borang lengkap sebab nanti waktu daftar takde lah kelam-kabut. Kalau boleh, pastikan borang yang untuk pendaftaran tu ada dalam satu envelop. Masa pendaftaran tu pakai baju kurung je boleh.

Lepas daftar, uolss semua akan lalui minggu orentasi. Which that's week will be a tired week for you. Masa tu biasalah tak cukup tidur, tak sempat mandi, pergi aktiviti tak sempat mandi, pakai baju tak basuh. Sebab uolss semua akan dibekalkan 2 helai baju untuk seminggu je. So, pesanan miss pasti kan korang bawa FEBREEZ!!! senang tak sempat mandi pun. Still bau fresh. Jangan spray perfume nnt bau dia jadi bau hampeh! dah mana tak nya PELUH+PERFUME= !%#%$!

Masa minggu orentasi ni lah korang nak cari kawan kelas yang sama kepala dengan korang sebab untuk 3 minggu pertama korang biasanya akan stress gila tenuk  tahu, nak lagi kalau korang ni belajar di sekolah harian biasa dimana tak biasa dengan situasi asrama. (tu lah yang I rasa tau :(  huhu)

Masa orentasi, uolss semua akan ikut kelas dalam modul yang diberikan masing2 dan masa tu juga akan ada buka permohonan untuk pertukaran modul.In case korang tak suka modul yang diberikan.

alright, sekarang kita cerita barang-barang yang perlu dibawa pulak.
Antara barang-barangnya ialah:
Perempuan:
-Baju Kurung ( banyak okeh sebab pergi kelas wajib berbaju kurung)
-T-shirt lengan panjang/ pendek (untuk riadah)
-seluar track ( kalau boleh stanby 3 helai paling kurang)
-Telekung ( bagi muslim)
-Sejadah
-Peralatan mandi ( baldi, cebok, bekas isi barang mandian etc.)
-kain batik
-cadar
-bantal ( in case korang tak suka bantal kolej yang keras---macam aku :D )
-selipar mandi
-kasut bertutup (untuk pergi kelas)
-penyangkuk baju dan juga hanger

lelaki
- sama seperti perempuan kecuali kain batik, telekung dan baju kurung

haha lelaki senang je barang dia.

Ok, in case lah macam still jugak terlupa barang-barang, dont worry kelebihan KMJ mmg dekat dengan pekan Tangkak, Johor. As you read pekan means the real PEKAN. So jangan berangan la ada mall ke apa yaa.. haha tapi untung nya, bila KMJ buat dinner yang ade restriction for dress code senang je nak cari sebab pekan Tangkak memang terkenal dengan kain dan pakaian yang SANGAT MURAH!!! I LIKE, SERIOUS! Miss dulu biasa nya DIY je dengan roommate.
1 bilik 4 orang untuk perempuan. Lelaki pulak maybe sampai 6 orang sebilik. Kalau for GIRLS dont worry lah, sebab memang selesa. Almari pun besar.
Dan yang terakhir, kat KMJ memang provide wifi free tapi SLOW sangat. Jadi better buat mobile data sebab memang konfem laju disebabkan pencawang dia semua letak kat Gunung Ledang.

Ohh lupa pulak nak bagitahu yang KMJ ni dekat teramat sangat dengan Gunung Ledang. So, view dia pagi-pagi, teramat lah cantik. And kalau korang duduk kat sana tu dah gian sangat nak tgk mall dan bosan asyik outing kat pekan Tangkak je.. Korang pergi lah Melaka sebab TERLAMPAU DEKAT dengan KMJ.

Ok pasal outing pulak. humm Tak berani nak komen  panjang sebab peraturan outing dan balik hujung minggu selalu berubah-ubah ikut HEP. So buat lah baik dengan HEP. Macam miss dulu memang kamcing gila dengan HEP senang jee nak balik dan minta tanda tangan untuk surat kalau tak hadir kelas. Macam zaman miss waktu 2013/2014 boleh je balik tiap-tiap minggu.

Yupp, Kalau korang tak datang kelas korang kene tunjuk surat MC atau buat surat sendiri (surat rasmi) then dapatkan tanda tangan dari HEP. Ikutlah kalau lecturer korang tu strict tak terima surat buat sendiri,dia nak surat doktor. Tapi dah pandai-pandai ponteng. Pandai-pandai lah cover ok. Lastly, KMJ ni tiap-tiap hari Isnin akan ada perhimpunan. Ni special sikit sebab KMJ je ada perhimpunan hari Isnin. hahahahha

Ok. Selepas panjang lebar membebel. Miss rasa ni je kot. Dah banyak dah cerita pasal KMJ ni. Kalau ada apa-apa. Uolss semua boleh comment and tanya je I okeh.

Thank you for  reading.
If you want to ask anything, feel free to comment ok.

XOXO ,
Miss Soraya.

Thursday, March 12, 2015

NOW I AM UNIVERSITY OF MALAYA STUDENT (BIOINFORMATIK)

Assalamualaikum.

Dah lama sangat dah Miss Soraya tak update apa-apa dekat blog ni, Almaklumlah buat blog ni masa zaman sekolah. Masa tu zaman budak-budak boleh lah mengarut. Rasanya waktu mula-mula create blog ni waktu tu umur  14 tahun (tingkatan 3) and now I'm 20 years old.

Ok for those yang tak follow up pasal miss, biar miss cerita sikit nak buat macam mana yang post entry pun jarang kan.. hihi

Ok lepas SPM miss sambung belajar ke Kolej Matrikulasi Johor (KMJ). Ok for ex-SPM's yang nak tanya pasal KMJ boleh je post kat comment tu k. Actually I think I know everything laa about KMJ, so feel free to ask me okay.

After one year at KMJ yang tersangat stress, ye lah pelajar satu tahun Matrikulasi (PST) memang tersangat mencabar. You have to score and struggle all the time. If you just like me, do not know how to balance Co-curicular activities and studies, I'll just said just study hard lah. tak payah active sangat sbb Matriculation tak ambil hal sangat pasal merit aktif okay. Tapi kalau you kat sekolah tak aktif better aktif kat matrik sbb apa-apa pun masa interview nak masuk uni, you have to bring all your certificates in studies also co-curricular activities.

Back to my stories, lepas setahun di KMJ tu survive with 3 and above pointer score. Alhamdulillah, miss diberi peluang untuk masuk ke universiti no 1 dalam Malaysia. UNIVERSITI MALAYA.

Allahu rabbi,
masa check UPU tu Allah je yang tahu berdebar macam mana. Miss sememangnya tak target langsung untuk masuk UM. Miss hanya berharap dapat sambung belajar kat mana-mana IPTA kat Malaysia ni. Tapi yang paling berharap nak masuk sebenarnya UPSI. Mungkin bukan rezeki miss untuk menjadi guru walaupun tu memang cita-cita miss masa sekolah.

Ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di UNIVERSITI MALAYA dengan bidang pengajian IJAZAH SARJANA MUDA SAINS BIOLOGI BIOINFORMATIK. (ok for those yang baru nak isi UPU tu nak tahu pasal BIOINFORMATIK , you are also welcome to comment to ask me anything about that course. because I know there are not much bloggers tell about bio info course)

Menjejakkan kaki ke UNIVERSITI MALAYA pada umur 19 tahun untuk melanjutkan ijazah sarjana muda adalah seperti mimpi okay. Who knows budak degil dan selalu buat masalah kat sekolah ni dapat masuk universiti gah di Malaysia.

Sekarang miss dah pun berada di semester ke-2 pelajar tahun pertama UM. Sepanjang perjalanan hidup selepas SPM banyak mematangkan miss. Dari segi pemikiran mahupun penulisan serta percakapan. Nak pula bila belajar di UM yang penuh dengan kontroversi juga isu.
Tak mengapa. sebab itu semua akan menjadi pengajaran dalam kehidupan. =)

Okay sebab tahun 2015 budak-budak SPM  dan STPM baru je dapat result. So, next post miss akan bukak cerita pasal Matrikulasi (especially Kolej Matrikulasi Johor) dan UM(especially FOR BIOINFORMATIK COURSE)

 thank you for reading. love you guys.
free to comment ok?
=)

MISS_SORAYA

Monday, May 20, 2013

Dilema Percintaan..

ASSALAMUALAIKUM. .. and hye to everybody!!

HUmmm..ok.. Kali ni tajuk post ni mmg menarik sgt.. sebab alam percintaan mmg kebanyakannya sudah di alami oleh semua pihak..terutama sekali pelajar sekolah.. biar  Miss Soraya berterus terang je la.. Miss dapat idea nak tulis post ni sebab tadi kwan Miss tibe2 je datang masa Miss tengah kerja.. dia pergi buat luahan perasaan pulak dah... xper lah kwn2 punya pasal..

Al kisahnya mcm ni.. kawan Miss ni baru je clash dgn awek dia dan dia dah tak rasa nak bercinta dah dan xnak berkahwin.. ok pd pendapat Miss Soraya jangan lah macam ni... kepada korg2 yang ada case yang sama macam dia ni.. x payahlah nak jadi mcm ni.. bro bunga bkn sekutum..

Tp Miss.. bunga yang tu jer saya sayang... haih... tu lah dilema nya... dont worry Miss Soraya boleh bantu..
Ada

Ada satu jer jln penyelesaian nya...
STOP BEING USELESS AND PATHETIC! !
budak tu dah xnak kat hang... buat ape ko sibuk2 nak kejar dia... "mmm...tapi saya sayang sgt2 dkt dia.." (adess.. ayat mati pulak)

Mcm ni.. Miss tahu korg betul2 sayang kat dia.. tapi korg kena ingt setiap benda yang Allah dah tetapkan mesti ada sebab nya.. setiap kali Allah tarik org yang Miss Soraya sayang.. Miss selalu ckp yang dia nak bg org yang lebih baik untk aku... kalau korg terus fikir positive mcm ni... insyaallah. . Xde ape2 yang boleh bg korg frust menonggeng sangat2..

Mmg la kita tahu yang xboleh hilangkan kesedihan tu dlm 1 hari.. jadi  xpayah hilangkan kesedihan tu.. tapi tukarkan kesedihan tu menjadi happy.. mcm mne???

Senang jer... masa ni lah korg boleh tahu kawan korang tu betul2 kwn ker atau sekadar sahabat...  korg pergi have fun.. and enjoy.. x payah cerita masalah kau dekat semua org.. cukup kau luahkan dekat tikar sembahyang msti lagi tenang.. kalau x boleh tahan jugak.. cerita dekat kwn yang kau percaya jer..

Bila sedih.. jgn tunjuk depan org ataupun depan si Dia sebab kita kena tunjuk yang kita happy yang kita boleh hidup tanpa dia... cukup lah keluarga dan Allah peneman hidup kita...


INgat tu.... jgn akibat terlampau kecewa boleh buat kita terkeluar dari landasan iman.. akibat kita terlalu gembira boleh menyebabkan kita terkeluar dari landasan agama.. semuanya yang kita buat mestilah berpada-pada......

Baiklah.. tu saja yang Miss nak kongsikan..

 Wasalam~

Petua Belajar/Ulangkaji

Assalamualaikum. . And hye to everybody!!

 Ok.. kali ni Miss Soraya nak kongsi tips-tips untuk belajar .. memandang kan Miss Soraya pun dah nak sambung belajar ke Kolej Matrikulasi Johor pada 27 mei 2013 ni.. jadi bolehlah Miss nak kongsi sikit tips2 ni kepada pelajar-pelajar sekalian..

Humm.. ok first, nak cerita.. dalam dunia alam persekolahan ni ada dua jenis pelajar..
1. Pelajar pandai superb thp gaban
2. Pelajar biasa-biasa jer...
#yg penting dalam dunia ni xdak pelajar BODOH noh...

Kalau Miss Soraya.. Miss tergolong dalam golongan no 2 lah.. kalau nak kan something kena usaha... kalau korang rasa korang tergolong dalam golongan no 1 anda semua boleh exit blog ni dan pi sambung men fesbuk.. sbb no 1 tu ada orang yg kita panggil 'gifted' or anugerah.. dia belajar sikit jer yang banyak makan, tidoq, men fesbuk...

Kalau korang ni kumpulan no 2...here the tips..
#memandangkan korang ni kump 2 makne nya korang ni mesti kena usaha gila2 bru dpt hasil.. tp kebanyakan korg men usaha ja thap babz... tp xdapat apa2... Y????!!!
Sebab korang men bantai jer.. ni yang korang kena buat ..

-TAHU KORANG NAK BELAJAR APA!
... korang kena tahu nak belajar ape baru boleh study. . Ni x rse ade mood nak study tp men rembat jah bku ape2 yang korg nak.. kalau korg pelajar pmr korg just ade 8 subject penting so satu hari korg boleh belajar 2 subject yang tak heavy.. so korg ada balance hari khamis ngn jumaat  untuk subject heavy mcm sains ngn mathematic.. klu SPM terutama nya kelas sains sama jgak 1 hari 2 subject kne study.. sbb subject SPM sume heavy jadi tiap2 hari kena konsisten kena belajar..

-BERAPA LAMA MASA DI PERUNTUKAN..
..ok jgn jd ngong sgt.. korang sekarang dah x boleh study hard.. sbb korg bosan.. jadi study smart.. 1 subject peruntukan untk 1 jam sahaja... jadi  1 hari kamu hanya ulangkaji 2 jam sahaja.. dan PASTIKAN KONSISTEN... kalau konsisten bru lah tips ni menjadi...

-BUAT LIST AND TARGET..
..maksudnya dalam masa 1 jam tu pastikan awak buat list..tajuk apa yang awak nak study.. contoh dalam masa 1 jam awak mesti cover tajuk genetic dlam subject bio.. mcm tu lah..pastikan capai target awak untk cover subject genetic tu..

-BUAT NOTA KECIL..
..Ok.. kebanyakan pelajr selalu slah anggp pasal nota kecil.. nota kecil ni maksud nye points2 penting bagi awk ingt jalan cerita satu chap yang awk nak cover.. kalu korg g salin jer baik korg g photostate jer bku teks tu..

BUAT LATIHAN
.. di saat2 akhir kita dah x pyh buat nota buat sahaja latihan.. dan baca jawapan..buat berulang2kali sbb nnt kita akn ingt jwpn tu ssuai utk guna dlm soalan ape... sbb format peperiksaan malaysia ni soalan dye sebenarnye sme jer.. cume csra dia interpret tu berbeza...


 itU shaja yang Miss Soraya boleh kongsi berdasarkan pengalamn Miss Soraya... kalau ada ape2 nnt Miss update lgi ya... if u have any question just ask me.. Miss pasti akn bantu...bye... wasalam~

Saturday, May 18, 2013

jangan bersedih.

assalamualaikum...and hye to everybody..

ok.. macam biasa lah.. Miss Soraya kan... lepas bertahun bru nak update.. sorry...
maybe lepas MIss Soraya sambung belajar baru lah Miss Soraya akan selalu update..
ok selepas 2 tahun  Miss Soraya tinggalkan blog ni.. macam macam yang berlaku dekat Miss Soraya.. dugaan yang teramat  memilukan dan menyedihkan.. so kali ni... post ni akan di tujukan kepada semua remaja di luar sana yang mungkin mempunyai situasi yang sama atau boleh di adaptasi kan dalam kehidupan mereka..

So first of all,, Miss Soraya nak cerita dulu apa dugaan yang Allah SWT berikan kepada Miss Soraya..
pada 19 January 2013..  ayahanda Miss Soraya telah kembali ke ramatullah... as you know Im just 18 years old.. And im So close to my father.. or always been called as 'abah'..
pada masa kejadian Miss Soraya je yang tak tahu abah meninggal sebab  hari tu Miss Soraya memang banyak kerja... buat lesen lah.. then kena masuk kerja pukul 1 kat Parkson Berjaya Megamall, Kuantan..
Memang ramai yang bagi nasihat kat Miss Soraya kata "sudah2 lah ain, bawak bersabar.. tu dah  ditentukan"

 i feel like WTF... Miss Soraya bengang tu sebab pihak yang bercakap tu bkn nya ada pengalaman pun kehilangan ahli keluarga.. they dont know what i felt.. so dont give a shit... ( ok post ni x sesuai untuk budak2  sekolah rendah eyh... bnyak pulak aku dok mencarut..)

Miss Soraya memang down sangat.. sebab i really close to my father.. everything i do, all my activities all day.. i will tell him.. and he would never refuse to hear it.. eventhough dia mngantuk ke apa ke... thats my abah.. yang memahami aku kawan-kawan dan mak sedara aku lah... they just said " be tough girl.. if  he is here.. he never want to see you cry like this.." that make possible.. ayat yang mudah.. tp mendalam...

 one of my best friend also my boyfriend said " ainna  i have been through your situation  a year before.. im just 16.. but i still dont know how to make you feel better... because i know what you feel... its  okay.. just cried how long you want if that make you feel better.. if you want to punch something.. just punch me.. im willingly be your punching bag.. ( haha.. dalam hati aku  klakar betol mamat ni..)

tapi sampai sekarang aku rindu kan dia.. lepas Ms. Soraya dapat result SPM. Ms Soraya rasa lagi sedih... sebab  Ms Soraya dapat result yang mmg arwah nak...  tp tak guna jugak kita nak bersedih lama-lama... tak jadi apa-apa... sebelum arwah meninggal... arwah selalu pesan "adik.. ingat belajar rajin-rajin.. adik je lah harapan abah.. pastikan adik belajar sampai luar negara.." setiap kali habis ayat tu mesti arwah abah akan cium di dahi aku... aku sayng dia... tapi Allah tarik dia dari aku sebab Allah lebih menyayangi dia daripada aku..

jadi, bagi u allss semua yang ada experience macam Ms. Soraya ni.. bersabarlah.. ini akan mengajar kita lebih dewasa.. macam Ms. Soraya.. dah la anak bongsu.. tak pandai nak buat apa2.. semua arwah abah yang tolong.. tapi bila dia dah xda.. macam2 yang Miss Soraya boleh buat.. thanks to him...

apa-apa pun kita kena ingat apa-apa yang Allah tentukan pasti ada hikmahnya..  ayat itu yang buat Ms. Soraya  boleh teruskan hidup.. dan sentiasa mengingatinya... sekarang hanya doa sahaja yang menjadi utusan
menunjukkan Ms Soraya rindu pada dia....

ADIK SAYANG ABAH!


Wednesday, December 7, 2011

dunia yg penuh cabaran

hyep! anyonghaseyo~
uwkeyh...post ary ini menceritekan ttg isu "dunia yang penuh cabaran".. post kali ini Miss Soraya akn berfalsafah sikit yer~ CHECK IT OUT!!

Hidup di era globalisasi ini pasti mempunyai banyak cabaran. Pernahkah kita berfikir sejenak apa yang akan terjadi sekiranya kita hidup di dalam dunia tanpa cabaran? Cabaran sebenarnya menjadikan hidup kita menjadi lebih matang. Sekiranya kita hidup tanpa cabaran sudah pasti kita akan hidup di dalam kehidupan yang terumbang-ambing. Hal ini kerana kita tidak akan menghargai kehidupan seharian kita kerana setiap hari kita akan berada di dalam keadaan yang senang-lenang.

Kesilapan dan kesalahan juga akan mejadikan kita seorang yang lebih berhati-hati ketika membuat keputusan. Kita juga dinasihat untuk belajar dari kesalahan diri kita sndiri. Mengikut kata ahli falsafah "pengajar yang terbaik adalah kesilapan diri sendiri". Jadi, janganlah kita merungut sekiranya kita diuji dengan sedikit cabaran di dalam kehidupan seharian kita. Dunia kita merupakan dunia yang penuh dengan misteri. Jadi, sebagai penghuninya kita perlulah meneroka setiap pelusuk dunia itu dan menggunakan sebaik mungkin kelebihan yang ada..
jadilah manusia yang berani menempuh segala cabaran kerana manusia yang berikut mampu membawa dunia kita kepada satu dunia yang lebih baik..

hehehe~ khas buat manusia-manusia yang suka merungut bila diuji sedikt dengan masalah! hehehe~( especially org2 cam Miss Soraya) sekurang-kurang nya kita boleh mengubah diri dengan penulisan ini untuk menjadi org yang berfikiran yang lebih positif!!

uwkeyh^^ anyong~ (renung2 kan dan selamat beramal)

love by: Miss Soraya~muach!
 
Images by Freepik